Anak syarikat DBENA Sdn Bhd · Kontraktor CIDB G4

Utama / Produk / Harga wardrobe

Harga wardrobe custom per kaki 2026

Julat harga sebenar DREKA untuk wardrobe custom, swing door dan sliding door, dengan contoh kiraan untuk wardrobe 6 dan 8 kaki.

Harga 2026, dikemas kini November 2026 dan tertakluk kepada perubahan. Julat di bawah berdasarkan rate yang digunakan oleh consultant DREKA semasa menyediakan quotation. Wardrobe dikira per kaki panjang (running foot, RF), iaitu lebar wardrobe di sepanjang dinding. Ketinggian wardrobe menentukan rate yang digunakan.

Wardrobe swing door

Harga bagi setiap kaki lebar, ikut ketinggian wardrobe. Nilai rendah untuk kemasan melamine, nilai tinggi untuk laminate.

Ketinggian wardrobeMelamineLaminate
8 kakiRM500 sekakiRM750 sekaki
9 kakiRM550 sekakiRM800 sekaki
10 kaki (sampai siling)RM600 sekakiRM850 sekaki

Wardrobe sliding door

Sliding door DREKA guna sistem anti-jump supaya pintu tidak tercabut dari rel. Rate yang sama untuk semua ketinggian.

JenisAnggaran harga sekaki
Sliding door (anti-jump), melamineRM770
Sliding door (anti-jump), laminateRM1,000
Laci dalam wardrobe (soft-close)RM150 setiap laci
Harga di atas ialah anggaran, bukan harga muktamad. Harga sebenar bergantung pada keadaan rumah, ukuran sebenar ruang dan spesifikasi yang dipilih, dan hanya diberi dalam quotation selepas site measurement oleh pasukan kami.

Contoh kiraan

Wardrobe swing door 6 kaki lebar, 8 kaki tinggi, dengan 2 laci:

ItemMelamineLaminate
Wardrobe swing 6 kakiRM3,000RM4,500
2 laci soft-closeRM300RM300
AnggaranRM3,300RM4,800

Wardrobe sliding door 8 kaki lebar untuk bilik utama, dengan 4 laci:

ItemMelamineLaminate
Wardrobe sliding 8 kakiRM6,160RM8,000
4 laci soft-closeRM600RM600
AnggaranRM6,760RM8,600
Ini anggaran berdasarkan rate semasa. Harga akhir bergantung pada ukuran sebenar, susun atur dalaman dan aksesori yang dipilih, dan dinyatakan dalam quotation selepas site measurement.

Swing door atau sliding door?

Swing door lebih jimat dan pintunya boleh dibuka penuh, jadi semua ruang dalam wardrobe nampak sekali gus. Sesuai jika ada ruang lapang di depan wardrobe.

Sliding door tidak perlukan ruang untuk pintu dibuka. Sesuai untuk bilik kecil, bilik yang ada katil dekat dengan wardrobe, atau jika anda mahukan rupa lebih moden.

Melamine atau laminate?

Melamine ialah pilihan paling jimat dan sesuai untuk kebanyakan bilik tidur. Laminate lebih tahan calar, dengan lebih banyak pilihan corak dan tekstur untuk rupa yang lebih premium. Consultant kami bawa sampel material sebenar semasa konsultasi supaya anda boleh bandingkan sendiri.

Aksesori tambahan

Cermin, meja solek, lampu LED dan aksesori lain boleh ditambah ikut keperluan. Harganya dimasukkan dalam quotation mengikut pilihan anda.

Berapa lama masa siap?

Untuk kebanyakan projek wardrobe rumah, tempoh production dan pemasangan ialah sekitar 3 hingga 4 minggu selepas design disahkan. Projek lebih besar mengambil masa lebih lama, dan tarikh sebenar diberi bersama quotation.

Dapatkan harga untuk wardrobe anda

Konsultasi dan site measurement percuma di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Anda akan dapat design 3D dan quotation penuh sebelum production. Isi borang konsultasi, lihat spesifikasi wardrobe DREKA atau semak juga harga kabinet dapur.

Soalan lazim

FAQ harga wardrobe

Kenapa wardrobe dikira per kaki?

Kos utama datang dari lebar wardrobe di sepanjang dinding. Ketinggian wardrobe (8, 9 atau 10 kaki) menentukan rate swing door, manakala sliding door guna satu rate untuk semua ketinggian.

Kenapa sliding door lebih mahal?

Sliding door perlukan rel dan sistem anti-jump supaya pintu bergerak lancar dan tidak tercabut. Sebab itu rate sekakinya lebih tinggi berbanding swing door.

Adakah harga termasuk pemasangan?

Quotation DREKA merangkumi production dan pemasangan oleh pasukan kami sendiri. Butiran penuh dinyatakan dalam quotation anda.

Ada caj untuk site measurement?

Tiada. Konsultasi dan site measurement adalah percuma di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Nak kabinet yang kemas, tahan lama dan ikut ukuran rumah anda?

Konsultasi dan site measurement percuma di sekitar Selangor & KL. Design 3D sebelum production.