Anak syarikat DBENA Sdn Bhd · Kontraktor CIDB G4

Utama / Produk / Harga kabinet dapur

Harga kabinet dapur per kaki 2026

Julat harga sebenar DREKA untuk kabinet dapur custom, melamine dan laminate, dengan contoh kiraan untuk dapur 10 dan 15 kaki.

Harga 2026, dikemas kini November 2026 dan tertakluk kepada perubahan. Julat di bawah berdasarkan rate yang digunakan oleh consultant DREKA semasa menyediakan quotation. Kabinet dapur dikira per kaki panjang (running foot, RF), iaitu panjang mendatar kabinet di sepanjang dinding, bukan keluasan.

Julat harga kabinet dapur DREKA

Harga bagi setiap kaki panjang. Nilai rendah untuk kemasan melamine, nilai tinggi untuk laminate.

Jenis unitAnggaran harga sekaki
Base unit (kabinet bawah)RM275 – RM500
Wall unit (kabinet atas)RM280 – RM475
Tall unit (kabinet tinggi)RM500 – RM700
Fridge unit (kabinet peti sejuk)RM365 – RM600
Drawer unit (laci)RM250 – RM290
Island tableRM385 – RM600
Harga di atas ialah anggaran, bukan harga muktamad. Harga sebenar bergantung pada keadaan rumah, ukuran sebenar ruang dan spesifikasi yang dipilih, dan hanya diberi dalam quotation selepas site measurement oleh pasukan kami.

Table top dan backsplash

ItemAnggaran harga
Table top quartz atau sintered stoneRM250 – RM270 sekaki
Backsplash jubin dindingdari RM16 sekaki persegi
Backsplash quartz atau sintered stoneRM250 – RM270 sekaki

Contoh kiraan

Dapur lurus 10 kaki (kabinet bawah 10 kaki, kabinet atas 10 kaki, table top quartz 10 kaki):

ItemMelamineLaminate
Base unit 10 kakiRM2,750RM5,000
Wall unit 10 kakiRM2,800RM4,750
Table top quartz 10 kakiRM2,500RM2,500
AnggaranRM8,050RM12,250

Dapur bentuk L 15 kaki (kabinet bawah 15 kaki, kabinet atas 12 kaki, table top quartz 15 kaki):

ItemMelamineLaminate
Base unit 15 kakiRM4,125RM7,500
Wall unit 12 kakiRM3,360RM5,700
Table top quartz 15 kakiRM3,750RM3,750
AnggaranRM11,235RM16,950
Ini anggaran berdasarkan rate semasa. Harga akhir bergantung pada ukuran sebenar, layout dan aksesori yang dipilih, dan dinyatakan dalam quotation selepas site measurement.

Melamine atau laminate?

Melamine ialah pilihan paling jimat. Sesuai untuk kebanyakan dapur kering dan rumah yang mahukan kemasan kemas dengan bajet terkawal.

Laminate lebih tahan calar dan haba, dan pilihan corak serta tekstur lebih banyak. Sesuai untuk dapur yang digunakan setiap hari atau jika anda mahukan rupa lebih premium.

Consultant kami bawa sampel material sebenar semasa konsultasi supaya anda boleh bandingkan sendiri.

Bagaimana dengan kabinet aluminium?

Kabinet aluminium kalis air dan anai-anai, jadi ada yang memilihnya untuk dapur basah. Namun pilihan warna dan kemasan biasanya lebih terhad, dan harganya berbeza mengikut pembekal. Kabinet DREKA dibina daripada papan berkemasan melamine atau laminate di kilang kami sendiri. Jika dapur anda selalu basah, beritahu consultant kami supaya kami cadangkan bahan dan kemasan yang sesuai untuk kawasan sinki.

Aksesori tambahan

Aksesori seperti pull-up basket, rak tong gas, cutlery tray, lampu LED dan pintu kaca aluminium boleh ditambah ikut keperluan. Harganya dimasukkan dalam quotation mengikut pilihan anda.

Berapa lama masa siap?

Untuk kebanyakan projek kabinet dapur rumah (nilai bawah RM40,000), tempoh production dan pemasangan ialah sekitar 3 hingga 4 minggu selepas design disahkan. Projek lebih besar mengambil masa lebih lama, dan tarikh sebenar diberi bersama quotation.

Dapatkan harga untuk dapur anda

Konsultasi dan site measurement percuma di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Anda akan dapat design 3D dan quotation penuh sebelum production. Isi borang kabinet dapur custom atau lihat projek dapur yang dah siap.

Soalan lazim

FAQ harga kabinet dapur

Kenapa kabinet dapur dikira per kaki?

Sebab kos utama datang dari panjang kabinet di sepanjang dinding. Ketinggian kabinet atas dan bawah adalah standard, jadi harga per kaki panjang paling mudah untuk dibandingkan.

Adakah harga termasuk pemasangan?

Quotation DREKA merangkumi production dan pemasangan oleh pasukan kami sendiri. Butiran penuh dinyatakan dalam quotation anda.

Boleh campur melamine dan laminate?

Boleh. Contohnya, laminate untuk kabinet bawah yang paling kerap digunakan dan melamine untuk kabinet atas, supaya bajet lebih terkawal.

Ada caj untuk site measurement?

Tiada. Konsultasi dan site measurement adalah percuma di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Nak kabinet yang kemas, tahan lama dan ikut ukuran rumah anda?

Konsultasi dan site measurement percuma di sekitar Selangor & KL. Design 3D sebelum production.